Taman Negara Sanriku Fukko(reconstruction) telah ditubuhkan pada Mei 2013 untuk menyumbang kepada pemulihan kawasan Sanriku yang telah rosak akibat gempa bumi Great East Japan. Bahagian utara taman ini adalah cebisan tebing yang sangat tinggi dan dikenali sebagai "Alps of the Sea" yang membentang kira-kira 250 km dari utara ke selatan, manakala bahagian selatan pula mempunyai persisiran pantai rias yang cantik dengan kontur tanah yang rumit. Pantai ini adalah tempat pembiakan burung laut seperti paetrel dan burung camar bermata panjang. Kabut laut yang sejuk dan persekitaran pantai yang unik juga menyebabkan pelbagai tumbuhan pantai dapat tumbuh, yang mana ianya telah menyesuaikan diri dengan persekitaran pantai yang unik, menjadikannya dapat diperhatikan secara dekat. Tanaman lamun dan hutan lamun telah terbentuk di perairan cetek, menyokong kepelbagaian marin. Kawasan ini mempunyai pelabuhan nelayan yang menjadi antara tempat tangkapan ikan yang terbesar di Jepun seperti Hachinohe, Miyako, Kamaishi, Ofunato, Kesennuma, dan Ishinomaki, menjadikannya tempat yang menarik untuk merasa hidangan laut segar. Sebagai taman negara yang tidak pernah ada di Jepun sebelum ini, salah satu objektifnya adalah pemulihan dari bencana, dan rakyat dari seluruh Jepun berkunjung ke taman ini bagi tujuan pendidikan pencegahan bencana. (Sumber: Laman web Kementerian Alam Sekitar https://www.env.go.jp/nature/nationalparks/list/)